PAS sokong calon BN di PRN Johor cetus kekeliruan – Mujahid

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata perkembangan berkenaan menimbulkan tanda tanya kerana PAS bertanding di bawah tiket Perikatan Nasional (PN), namun pada masa sama dilihat memberi sokongan kepada BN di beberapa kawasan.

PRN Johor: RTM sedia tawar platform dialog antara Onn Hafiz, Maszlee – Fahmi

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata sesi dialog itu boleh diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana lokasi yang dipersetujui, termasuk di Johor Bahru, dengan fokus kepada perbincangan mengenai hala tuju pembangunan serta masa depan Johor.

PKR Negeri Sembilan sudah serahkan nama calon untuk PRN

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata pihaknya menghantar antara tiga hingga lima nama bagi setiap kerusi DUN untuk dicalonkan dalam PRN kali ini, namun setakat ini keputusan siapa yang akan dipilih sebagai calon belum dimuktamadkan.

PRN Johor: Anwar rayu rakyat beri mandat kepada calon PH

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, memohon rakyat Johor memberikan kepercayaan kepada barisan calon gabungan itu untuk menerajui pentadbiran negeri berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

‘Di Putrajaya kita berkawan, di Johor kita berlawan’ – Zahid Hamidi

BATU PAHAT: Barisan Nasional (BN) berdepan situasi unik apabila perlu bertanding menentang rakan dalam Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini. Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, namun begitu, Timbalan Perdana Menteri itu...

PRN Johor: BN diseru elak provokasi, utamakan kempen berhemah – Johari Ghani

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegaskan bahawa pendekatan kempen yang matang dan berhemah perlu diutamakan, dengan fokus utama adalah menyantuni rakyat serta memenangi hati pengundi.

“Salahkah kalau saya cadangkan anak saya jadi calon?” – Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR: Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menafikan dakwaan bahawa tindakannya meninggalkan UMNO hari ini berpunca daripada rasa tidak puas hati selepas anaknya tidak dipilih sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Sebaliknya, bekas Speaker Dewan Undangan...

Bekas Timbalan Speaker Parlimen antara 16 calon BERSATU

MUAR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengumumkan senarai 16 calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, dengan beberapa nama mencuri perhatian termasuk dua beranak serta bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat. Antara yang menjadi tumpuan ialah Rasman Ithnain (59)...

PKR yakin calon PRN Johor mampu bawa suara rakyat

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pahang, Datuk Ahmad Farhan Fauzi, berkata calon-calon yang dipilih bukan sahaja berwibawa, malah mampu menterjemahkan gagasan keadilan di negeri Johor.

PRN Johor: Akar umbi mahu kerusi DUN Stulang ditandingi calon UMNO

Pengarah War Room BN Johor Bahru, Muhammad Haris Hamzah, berkata kerusi DUN Stulang gagal dirampas semula oleh MCA dalam tiga pilihan raya berturut-turut, sekali gus memerlukan penilaian semula secara lebih objektif dan strategik oleh kepimpinan BN.

REAL STORIES. REAL VOICE.

Ini platform untuk generasi yang mahu faham, debat dan bina masa depan.