BACHANG: Program Hasrat Madani kini bukan saja ada di Sabah, Pulau Pinang dan Melaka, malah akan diperluas ke seluruh negara.
Tujuannya mudah, menyatukan masyarakat berbilang kaum melalui aktiviti santai bersama komuniti.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pelbagai acara menarik akan terus diatur termasuklah wayang pacak yang jadi tarikan utama.
Bayangkan, orang ramai dari pelbagai latar belakang duduk sama-sama menonton filem di kawasan terbuka.
“Kita baru buat beberapa program, jadi akan diteliti untuk dipertingkat agar lebih ramai tertarik. Mungkin lebih banyak kawasan akan dipilih, bergantung kepada unit bawah Jabatan Penerangan,” jelasnya selepas hadir ke Program Hasrat Madani di Taman Bachang Baru, Batu Berendam pada Jumaat.
Turut hadir, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Adam Adli Abdul Halim dan pelakon filem Legasi: Bomba The Movie, Nas-T.
Fahmi turut menekankan, program sebegini penting untuk mendekati masyarakat di peringkat akar umbi.- CHX


















































































































































































































































