SEOUL : LG Electronics sekali lagi membuktikan kehebatan inovasi dan reka bentuk mereka apabila berjaya membawa pulang 27 anugerah di acara berprestij Red Dot Design Award 2026. Paling mencuri perhatian ialah kemenangan kategori tertinggi “Best of the Best” menerusi model premium LG OLED evo W6 Wallpaper TV.
Kejayaan ini mengukuhkan lagi kedudukan LG sebagai antara jenama teknologi paling berpengaruh dunia, selepas turut meraih 26 pengiktirafan di iF Design Award 2026 sebelum ini. Gabungan teknologi moden, reka bentuk minimalis dan pengalaman pengguna yang lebih praktikal menjadi faktor utama kemenangan LG tahun ini.
LG OLED EVO W6 JADI TARIKAN UTAMA
Model LG OLED evo W6 Wallpaper TV tampil dengan teknologi True Wireless serta reka bentuk ultra nipis sekitar 9.95mm yang membolehkannya dipasang rapat ke dinding seperti karya seni moden.

Lebih menarik, komponen utama seperti pembesar suara dan bekalan kuasa diintegrasikan terus ke dalam skrin, manakala sambungan peranti luaran menggunakan Zero Connect Box yang boleh diletakkan sehingga 10 meter dari TV. Konsep ini menjadikan ruang hiburan lebih kemas tanpa gangguan kabel berselirat.
LG turut menerima pensijilan TÜV Rheinland True Wireless Lossless Vision yang mengesahkan kualiti visual kekal premium walaupun menggunakan sambungan wireless.
PELBAGAI PRODUK LG TURUT DIANGKAT
Selain TV premium, beberapa produk lain LG turut menerima pengiktirafan termasuk peti sejuk French door dengan sistem Zero Clearance™, penghawa dingin LG Whisen Objet Collection Cool dan sistem audio modular LG Sound Suite.

LG turut menampilkan kekuatan dalam teknologi masa depan menerusi robot rumah pintar LG CLOiD serta unit pemanas air dan haba LG Therma V AWHP yang hadir dengan paparan skrin sentuh berwarna 6.8 inci.
Turut menerima anugerah ialah produk seperti speaker xboom, monitor gaming UltraGear dan laptop LG gram.
LG TERUS FOKUS REKA BENTUK MESRA PENGGUNA
Ketua Corporate Design Centre LG Electronics, Chung Wook-jun berkata syarikat itu akan terus menghasilkan rekaan berpusatkan pengguna yang mampu meningkatkan keselesaan kehidupan harian.
Menurut beliau, LG mahu memastikan setiap produk bukan sahaja tampil moden dan premium, tetapi juga mudah digunakan serta sesuai dengan gaya hidup pengguna masa kini.





















































































































































































































































