PH Johor sedia hadapi PRN selepas pembubaran DUN

1 Jun, 2026

JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) Johor menyatakan kesediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang berkuat kuasa hari ini.

Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan, berkata gabungan itu sudah menjangkakan langkah Barisan Nasional (BN) membubarkan DUN dalam masa terdekat bagi memberi laluan kepada PRN.

“Sejak awal lagi PH menjangkakan BN akan membubarkan DUN dalam masa terdekat dan ternyata sidang DUN yang diumumkan pada 22 Jun adalah tidak munasabah. Atas semangat demokrasi, PH akan meneruskan persiapan sedia ada bagi menghadapi pilihan raya ini,” katanya.

Kenyataan itu turut disertai oleh Pengerusi Pimpinan Keadilan Negeri Johor, Datuk Seri Dr. Zaleha Mustafa, dan Pengerusi DAP Johor, Teo Ni Ching.

Strategi PRN Dibawa ke Pusat

Aminolhuda berkata, PH Johor akan membawa perbincangan strategi ke peringkat Majlis Presiden PH Pusat bagi merangka langkah seterusnya.

Beliau menegaskan gabungan itu tidak memandang mudah cabaran PRN dan akan menggembleng seluruh kekuatan bagi memastikan kemenangan.

“Bagi kami, tidak ada pilihan raya yang mudah. PH siap sedia menggembleng usaha sebaik mungkin untuk memenangi PRN kali ini,” katanya.

Pembubaran DUN Johor

Terdahulu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, mengumumkan pembubaran DUN Johor berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada PRN ke-16. - CHX

You May Also Like...