KUALA LUMPUR: Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) dan Parti Cinta Malaysia (PCM) kini secara rasmi diterima sebagai parti baharu dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).
Perkara itu diumumkan Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, selepas dipersetujui dalam mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) PN yang berlangsung di Pejabat Agung PAS malam tadi.
“Berkenaan keanggotaan PN, mesyuarat bersetuju meluluskan dua parti politik untuk menganggotai PN.
Mesyuarat menerima dua permohonan dan meluluskan keanggotaan PEJUANG serta PCM,” katanya dalam sidang media.
⏰ Mesyuarat Hampir Dua Jam
Menurut Ahmad Samsuri, mesyuarat tersebut bermula pada jam 9.30 malam dan berakhir sekitar 11.30 malam, membincangkan beberapa perkara penting termasuk kemasukan parti baharu dalam gabungan itu.
❗ Tiada Perbincangan Parti Lain
Ketika ditanya mengenai kemungkinan kemasukan Parti Wawasan Negara, beliau menjelaskan bahawa perkara tersebut tidak dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan. - CHX





















































































































































































































































