Kerajaan jamin tiada fasiliti kesihatan ditutup termasuk Hospital Segamat

5 Jun, 2026

MELAKA: Kerajaan memberi jaminan bahawa tiada mana-mana fasiliti kesihatan ditutup di negara ini termasuk Hospital Segamat.

“Tiada penutupan perkhidmatan berlaku. Apa yang dilaksanakan hanyalah pengagihan dan rujukan pesakit ke klinik atau fasiliti kesihatan berhampiran.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, situasi yang berlaku adalah disebabkan tekanan perkhidmatan susulan berlaku lonjakan kemasukan pesakit di hospital berkenaan.

“Pesakit yang sedang menerima rawatan dalam wad akan terus mendapat perkhidmatan seperti biasa di Hospital Segamat, manakala pesakit luar akan dirujuk ke fasiliti yang bersesuaian. Perkhidmatan kesihatan tetap diteruskan dan tidak dihentikan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Sambutan Bulan Pemakanan Malaysia peringkat Kementerian Kesihatan 2026 di sebuah pasar raya, di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad dan Pengarah Jabatan Kesihatan Melaka Dr Husnina Ibrahim.

You May Also Like...

PAS sokong calon BN di PRN Johor cetus kekeliruan – Mujahid

PAS sokong calon BN di PRN Johor cetus kekeliruan – Mujahid

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata perkembangan berkenaan menimbulkan tanda tanya kerana PAS bertanding di bawah tiket Perikatan Nasional (PN), namun pada masa sama dilihat memberi sokongan kepada BN di beberapa kawasan.