Peranan RTM semakin kritikal dalam era AI – PM Anwar

1 Apr, 2026

KUALA LUMPUR: Peranan Radio Televisyen Malaysia (RTM) kini semakin kritikal dalam memastikan maklumat sahih, berimbang dan berintegriti terus sampai kepada rakyat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, dalam landskap penyiaran yang berubah pantas, ditambah dunia tidak menentu serta lonjakan teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI), RTM perlu melaksanakan tanggungjawab itu tanpa mengorbankan nilai dan kepercayaan.

“RTM mesti terus memimpin dengan memperkasakan bakat tempatan, mengangkat karya anak seni serta memanfaatkan teknologi secara beretika agar kekal relevan, berwibawa dan menjadi wahana pembinaan negara bangsa.

“Selamat menyambut ulang tahun ke-80 buat Radio Televisyen Malaysia (RTM), institusi yang sekian lama menjadi suara rakyat dan denyut nadi bangsa,” kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook bersempena dengan ulang tahun ke-80 RTM hari ini.

RTM ditubuhkan pada 1 April 1946, bermula dengan stesen siaran radio manakala siaran televisyen diperkenalkan pada 28 Dis 1963.

You May Also Like...

PAS sokong calon BN di PRN Johor cetus kekeliruan – Mujahid

PAS sokong calon BN di PRN Johor cetus kekeliruan – Mujahid

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata perkembangan berkenaan menimbulkan tanda tanya kerana PAS bertanding di bawah tiket Perikatan Nasional (PN), namun pada masa sama dilihat memberi sokongan kepada BN di beberapa kawasan.