Agong berkenan terima mengadap Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Johor

13 May, 2026

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, pada Rabu.

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sesi mengadap tersebut berlangsung di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

“Hadir sama Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir, dan Pengarah Tanah dan Galian Johor, Datuk Mohammed Shakib Ali,” menurut kenyataan itu, hari ini. - CHX

You May Also Like...