GHAZ BURU SAHAM AKHIRAT

Ghaz Abu Bakar berkongsi visi filem keagamaan dalam temu bual eksklusif

3 May, 2026

GHAZ ABU BAKAR MAHU KEJAR SAHAM AKHIRAT

Tak ramai tahu, Ghaz Abu Bakar sebenarnya sedang memikirkan sesuatu yang jauh lebih besar daripada sekadar box office. Dalam satu pendedahan eksklusif bersama Channel X, pengarah ini mengakui dia kini mengejar sesuatu yang lebih bermakna — saham akhirat melalui karya.

Nama Ghaz bukan asing dalam industri. Dikenali dengan filem aksi yang kuat dari segi visual dan jalan cerita, beliau pernah menghasilkan beberapa karya box office yang meninggalkan impak besar kepada penonton tempatan. Terbaharu, filem Konspirasi pula tampil dengan naratif yang lebih kompleks — menggabungkan elemen thriller, emosi dan konflik realiti masyarakat.

LARI DARI ZON SELESA

Ghaz tak lagi mahu terperangkap dalam label “pengarah aksi semata-mata”. Kali ini, dia mahu mencipta sesuatu yang lebih deep, lebih meaningful dan ada nilai spiritual.

Dia sedang merancang sebuah filem bersiri berunsur keagamaan — bukan versi cliché, tapi sesuatu yang tetap boleh tarik orang ke panggung.

MISI SAHAM AKHIRAT

Sebelum saya menutup mata, biarlah saya hidangkan sebuah karya yang benar-benar meninggalkan kesan mendalam…” kata Ghaz dalam temubual tersebut.

Baginya, karya bukan sekadar hiburan, tapi medium untuk tarik manusia kembali kepada jalan-Nya — dengan cara yang relevan dan menyentuh jiwa.

BAKAT BARU DARI HAFIZAN

Menariknya, Ghaz mahu cari bakat baru dari kalangan hafazan — walaupun mereka tiada pengalaman lakonan. Logiknya mudah: kalau Hollywood boleh angkat newcomer yang berbakat dan jadi fenomena, kenapa Malaysia tak boleh?

IDEA DARI KISAH BENAR

Inspirasi projek ini datang daripada pengalaman sebenar ketika pembikinan klip video penyanyi Alyah. Seorang ustazah berkongsi kisah tentang seorang hamba Allah yang kehilangan satu deria, tetapi kemudian diberi keajaiban untuk menjadi hafazan. Kisah itu terus melekat dalam fikiran Ghaz — dan kini bakal diangkat ke layar.

Ghaz tak sekadar nak buat filem. Dia nak tinggalkan legasi.

Kalau menjadi, ini mungkin jadi turning point dalam industri filem tempatan.

👉 Kau rasa Malaysia ready untuk filem macam ni? -CHX

You May Also Like...

Perdana Menteri Vietnam gesa ASEAN jadi pencorak norma global

Perdana Menteri Vietnam gesa ASEAN jadi pencorak norma global

Dalam ucapan pembukaan Forum Masa Hadapan ASEAN 2026 di Hanoi, beliau menekankan bahawa ASEAN perlu menjadi pusat dialog, tumpuan kerjasama, dan paksi kepercayaan di tengah-tengah perpecahan serta persaingan global yang semakin meningkat.