KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, memohon rakyat Johor memberikan kepercayaan kepada barisan calon gabungan itu untuk menerajui pentadbiran negeri berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Dalam hantaran melalui Facebook, hari ini, Perdana Menteri sekali gus menegaskan iltizam PH untuk memikul amanah itu dengan penuh bertanggungjawab dan ia tidak akan sekali-kali disia-siakan.
"Saya merayu dengan penuh rendah hati agar saudara-saudari memberikan mandat kepada calon PH untuk memimpin Johor bagi tempoh lima tahun akan datang," katanya.
Beliau turut memetik sepotong ayat suci al-Quran daripada Surah An-Nisa membabitkan ayat 58 yang menekankan kepentingan menyampaikan amanah kepada yang berhak serta menegakkan keadilan sesama manusia.
Pada PRN Johor kali ini, PH bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
PRN Johor akan berlangsung pada 11 Julai depan, manakala pengundian awal pada 7 Julai. - BERNAMA





















































































































































































































































