Malaysia, Turkmenistan perkukuh kerjasama strategik

18 Jun, 2026

ASHGABAT: Malaysia dan Turkmenistan bakal memperkukuh hubungan dua hala melalui pemeteraian beberapa perjanjian serta memorandum persefahaman (MoU) melibatkan sektor pengangkutan udara, diplomasi, sains, serta minyak dan gas.

Perjanjian Utama:

Perkhidmatan Udara

  • Pertukaran dokumen antara Malaysia dan Turkmenistan.

Diplomasi

  • MoU antara Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) Malaysia dan Institut Hubungan Antarabangsa Turkmenistan.

Sains

  • MoU antara Akademi Sains Malaysia dan Akademi Sains Turkmenistan.

Minyak & Gas

  • Dokumen kerjasama dalam sektor tenaga.

Agenda Lawatan

Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Ashgabat pada 18–19 Jun.

Kunjungan balas selepas lawatan Presiden Turkmenistan ke Malaysia pada Disember 2024.

Merasmikan Forum Malaysia–Turkmenistan bersama Presiden Serdar Berdimuhamedov.

Bertepatan dengan ulang tahun ke-30 PETRONAS di Turkmenistan sejak 1996.

Fokus Perbincangan

  • Memperkukuh kerjasama dalam perdagangan dan pelaburan.
  • ⁠Sektor utama: pertanian, komoditi, tenaga, pelancongan, pendidikan, digital, serta sains dan teknologi.
  • ⁠Pertukaran pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa, termasuk perkembangan di ASEAN dan Asia Tengah.
  • ⁠Statistik Perdagangan
    Turkmenistan ialah rakan dagang ke-4 terbesar Malaysia di Asia Tengah (2025).
  • Nilai perdagangan dua hala: RM75.80 juta.
  • ⁠Eksport Malaysia: RM75.50 juta, meningkat 9% berbanding tahun sebelumnya.

Pelaburan PETRONAS di Turkmenistan: RM52.73 bilion sejak 1996. - CHX

You May Also Like...

PAS sokong calon BN di PRN Johor cetus kekeliruan – Mujahid

PAS sokong calon BN di PRN Johor cetus kekeliruan – Mujahid

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata perkembangan berkenaan menimbulkan tanda tanya kerana PAS bertanding di bawah tiket Perikatan Nasional (PN), namun pada masa sama dilihat memberi sokongan kepada BN di beberapa kawasan.