JOHOR BAHRU: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Aminolhuda Hassan menyeru rakyat Johor agar memilih kerajaan negeri yang sehaluan dengan kepimpinan Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Seruan itu hadir selepas pengumuman Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.
“PH Johor percaya Bangsa Johor akan membuat keputusan terbaik dalam memilih kerajaan negeri yang selari dengan kerajaan persekutuan,” kata Aminolhuda.
PH Johor sedia bertanding semua kerusi
PH dijangka bertanding di kesemua 56 kerusi DUN Johor, sekali gus berdepan secara langsung dengan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).
Langkah ini diambil sebagai respon kepada pendirian BN Johor yang mahu bertanding secara solo dengan meletakkan calon di semua kerusi.
Kepimpinan berintegriti dan berwawasan
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa menegaskan bahawa PH bukan sekadar bersedia bertanding, tetapi juga bertekad untuk memimpin Johor dengan kecekapan, integriti dan visi jelas.
Johor Terus Maju Dengan Sokongan Kerajaan MADANI
Johor terus mencatat kemajuan hasil sokongan Kerajaan MADANI melalui:
Pelaburan yang meningkatkan ekonomi negeri.
Pembangunan yang memperkukuh kemudahan rakyat.
Inisiatif rakyat yang memberi manfaat langsung kepada masyarakat. - CHX


















































































































































































































































